Little Girl Ayu
Bismillah
Sewaktu saya kecil,saya dibesarkan dalam keluarga yang susah.Saya dibesarkan di kampung.Ibu dan ayah saya hanyalah berkerja sebagai petani.Hidup ketika itu alhamdulillah sangat simple.Cukup makan dan minum tapi untuk membeli perkara-perkara extra bukanlah sesuatu yang ibubapa saya mampu.
Baju-baju kami kebanyakkannya ada yang dibelikan oleh saudara yang lain dan juga diberikan oleh org lain (second-hand).Pada masa tu,saya adalah orang yang sangat menghargai setiap pemberian yang diberikan pada saya.Saya akan jaga baik-baik dan ibu saya pula jenis yang memang sangat particular dengan apa yang kami pakai.Baju yang kurang elok dipakai di rumah dan yang masih kelihatan sangat bagus tu pakai ketika kami keluar ke pekan ataupun ke rumah orang kenduri.
I dont have much that time.
Saya masih ingat ketika tu saya cari satu kotak besar kemudian lipat dan susun cantik-cantik baju yang saya ada dalam kotak tu.I appreciate every piece of that!Bila nak pakai baju je,saya dah tahu nak pilih dan pakai yang mana sebab saya takde banyak baju pun.
Dulu, saya rasa perkara tu sebagai tanda yang kami orang miskin,kami orang susah.Tapi saya tak sedar rupanya ketika itu saya rasa sangat happy dengan my simple life.Gembira dengan apa yang saya ada.Kepala saya tak pernah berserabut untuk fikir apa yang perlu saya pakai setiap hari.Saya tak pernah rasa yang saya takde apa untuk dipakai.
Berbanding bila dah mampu untuk beli sendiri ada ketikanya saya tak tahu nak pakai apa.The worst thing is bila rasa saya takde apa nak pakai padahal baju penuh satu wardrobe!Can u imagine that???? Saya rasa ramai yang pernah melalui apa yang saya lalui ni bukan?
Bila saya mula mengenali "simple life" dan "Minimalist" sejak tahun lepas, semuanya perlahan-lahan berubah.Cara saya berfikir,cara saya berdepan dengan satu situasi tu,alhamdulillah change me dan menyedarkan saya bahawa "Less is More".
Ia menyedarkan saya untuk mengenalpasti sesuatu yang mendatangkan nilai tambah dalam hidup saya dan mana yang sebaliknya.Ia adalah satu proses dan juga perjalanan yang memerlukan saya untuk lebih komited pada hidup saya.
This is happen after I've look up and search for "Little Girl Ayu" inside myself.The one yang selalu cherish apa yang dia ada dan sentiasa berasa cukup.
Dan di sini saya mahu menjadi lebih komited dengan apa yang saya mahu lakukan untuk hidup saya dengan mencatat semua proses dan perjalanan saya ke arah hidup yang lebih minimal dan simple,inshaallah.
Luv,
Ayu Jafri

Comments
Post a Comment